Al Quran

Tuesday, September 15, 2009

KEMATIAN ITU PASTI

16 Ramadhan 1430H bersamaan 6 September 2009 satu tarikh yang tak dapat aku dan isteri tercinta tak dapat lupakan... Pada pagi tu kira-kira pukul 7.30 pagi aku mendapat panggilan telefon dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star yang menyatakan anak di dalam kandungan isteri ku yang berusia -+ 8 bulan telah dijemput menemui PenciptaNya....

Benarlah janji Allah yang dinyatakanNya di dalam Al Quran " Setiap Insan Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati"... Aku redha akan ketentuan yang Allah berikan pada kami berdua. Nikmat kegembiraan yang diberikan kepada kami hanya sekadar sementara. Kerana anak yang dikandung isteri ku adalah milikNya yang kekal abadi..

Aku kagum dengan katabahan seorang ibu yang mengandungkan anak tersebut. Redha dengan pemergian anaknya.. Telingaku masih terngiang-ngiang ungkapannya....

" Abang.... Wati redha andainya anak kita dijemput kembali menemui penciptaNya, kerana anak ini milik Allah.. Andainnya anak kita bernafas, itu adalah rezeki buat kita...."

Ya Allah.... Berat sungguh dugaan dan ujianMu.... Namun aku menerimanya dengan redha.... Tepat 6.15 ptg tadi bersamaan 24 Ramadhan 1430 bersamaan 14 September 2009 isteri selamat melahirkan bayi kami... Bayi puteri yang telah kembali menyahut panggilan Ilahi... Yang pasti...puteri kami telah pergi dan tidak kembali lagi...

Syukur pada Allah SWT isteriku selamat dan syukur pada Allah kerana memberikan kami nikmat walaupun hanya seketika cuma...

1 comment:

  1. sabrlah ye a'ishak semua yg berlaku ni pasti ada hikmah d sebaliknye...smga a'ishak dan k'wati tabah menghadapinye

    ReplyDelete