Al Quran

Sunday, November 16, 2008

Impian Hampir Jadi Kenyataan

Alhamdulillah.... Akhirnya aku dengan isteriku yang dicintai berjaya membeli sebuah rumah... Walaupun ianya hanya sebuah apartment kos sederhana, tetapi ianya sudah cukup untuk kami melayari rumah tangga dengan bahagia dan di berkati Allah...

Syukur juga kerana rumah yang kami beli itu berada di tingkat 1. Nasiblah cepat booking... Kalau tidak confirm dapat 2 @ 3. Teruk gak nak menapak naik.... Mana tidaknya, masa booking haritu tingkat 1 tinggal 1 unit je... Kami dapat yang tepi (corner lot). Mula-mula fikir gak sebab mahal skit dari yang tengah, tapi bila fikir abis-abis kami ambik gak. Lagi pun bayar bulanan tak lah tinggi sgt beza skit ja dengan yang tengah... Oh ya... Lupa plak nak bagitau, apartment yang kami beli itu terletak di Teratai Apartment Fasa II, Taman Sutera (Fasa I ialah Mawar Apartment). Selepas tol Sg. Balak... Kena bayar tol RM1 , area tu ja yang rumah mampu kami beli buat sementara ini...
Rumahnya 3 bilik dan 2 toilet... Semuanya 5 tingkat, tapi takda lif... Biasalah coz sederhana sebab tu xda lif.. Dapat tingkat 1... Oklah tu... InsyaAllah dalan pertengahan tahun depan dapat lah duduk.... Jangkaan awal developer....
Jalan nak masuk ke apartment kami.....
Ini adalah gambar blok yang kami amik... Kebanyakan blok depan dah hampir siap... Yang nie tengah finishing...
Pemandangan dari tepi highway Kajang Silk
Rumah yang kami beli tepi highway jer....

No comments:

Post a Comment