Al Quran

Wednesday, November 26, 2008

Renung Sejenak


KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada
saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Sunday, November 16, 2008

Impian Hampir Jadi Kenyataan

Alhamdulillah.... Akhirnya aku dengan isteriku yang dicintai berjaya membeli sebuah rumah... Walaupun ianya hanya sebuah apartment kos sederhana, tetapi ianya sudah cukup untuk kami melayari rumah tangga dengan bahagia dan di berkati Allah...

Syukur juga kerana rumah yang kami beli itu berada di tingkat 1. Nasiblah cepat booking... Kalau tidak confirm dapat 2 @ 3. Teruk gak nak menapak naik.... Mana tidaknya, masa booking haritu tingkat 1 tinggal 1 unit je... Kami dapat yang tepi (corner lot). Mula-mula fikir gak sebab mahal skit dari yang tengah, tapi bila fikir abis-abis kami ambik gak. Lagi pun bayar bulanan tak lah tinggi sgt beza skit ja dengan yang tengah... Oh ya... Lupa plak nak bagitau, apartment yang kami beli itu terletak di Teratai Apartment Fasa II, Taman Sutera (Fasa I ialah Mawar Apartment). Selepas tol Sg. Balak... Kena bayar tol RM1 , area tu ja yang rumah mampu kami beli buat sementara ini...
Rumahnya 3 bilik dan 2 toilet... Semuanya 5 tingkat, tapi takda lif... Biasalah coz sederhana sebab tu xda lif.. Dapat tingkat 1... Oklah tu... InsyaAllah dalan pertengahan tahun depan dapat lah duduk.... Jangkaan awal developer....
Jalan nak masuk ke apartment kami.....
Ini adalah gambar blok yang kami amik... Kebanyakan blok depan dah hampir siap... Yang nie tengah finishing...
Pemandangan dari tepi highway Kajang Silk
Rumah yang kami beli tepi highway jer....

Saturday, November 8, 2008

Team Pelapor Konvensyen

Boss aku En. Izheir jadi pelapor bersama dengan Aslinawati. Sebenarnya dia kena ganti Kak Lela sebab hari sabtu kan. Kena jaga anak lagi..... Kat situ juga ada fotographer INFRA iaitu Mr. Usop dan MC majlis iaitu Diana...






Boss aku dan Aslinawati tengah khusyuk mencatit apa yang dibentangkan oleh peserta untuk buat laporan......








Yang nie turn Kak Lela dan Ridzuan jadi pelapor.... Apa yang buat Kak Lela ketawa tak taulah..... haaa..... Wan, dok buat apa plak tu.... Nie mesti dok record apa yang dibentang.....

Sekitar Booth Pameran Konvensyen GDW 2008


Team library yang di ketuai oleh kak imah, Kasmilah dan Madonna sedang membuat lawatan kat booth pameran.... Geng2 nie shopping sakan hari tu.. Kopi, sos, kuih lidah suma diaorang beli.. Mana taknya, booth pameran depan library jer..





Pengunjung konvensyen GDW melawat booth pameran. Yang depan sekali adalah booth pameran kampung PSPK Salong yang diketuai oleh Tok Pahang namanya.....
















Lawatan oleh Dato' Jabar ke booth pameran... Beliau nampaknya tertarik dengan batang tongkat Ali yang dibawa oleh salah satu kumpulan peserta konvensyen.










Sekitar booth pameran sepanjang konvensyen GDW berlangsung

Thursday, November 6, 2008

Aktiviti Check Darah Masa Konvensyen

En. Amir dan Noor Alam sempat lagi check darah selepas semua kumpulan selesai membuat persembahan projek kampung........ Resultnya.... Tekanan darah En. Amir paling sukses dan cemerlang. Cayalah......

Konvensyen GDW 2008

Pada 29/10/2008 hingga 2/11/2008, Institut Kemajuan Desa (INFRA) telah mengadakan acara tahunan nya iaitu Konvensyen GDW Peringkat Zon. Sebanyak 12 buah kampung dari 4 zon datang untuk menyertai konvensyen pada kali ini. Cuma kelainan tahun nie adalah zon Sarawak ja yang tak hantar wakil sebab projek tak memenuhi kehendak syarat yang ditetapkan. Berikut adalah gambar2 sepanjang konvensyen berlangsung.........

Backdrop sepanjang konvensyen berlangsung..... Buat last minute nie... Kira oklah tu.... Janji gambar menteri tak terlindung dengan perkataan Konvensyen GDW. Kalau lindung mau 12 jam transfer.



Gambar-gambar nie diambil semasa pendaftaran peserta-peserta konvensyen GDW. Ketua lanun, mejar lanun, kapten lanun n prebet-prebet lanun sedang sibuk melakukan pendaftaran peserta dgn menggunakan mykad.





Peserta-peserta membentangkan projek kampung masing2. Pelbagai cara digunakan untuk menarik perhatian para hakim, pemerhati dan penyokong. Kepada yang menang, tahniah diucapkan... Yang kurang bernasib baik, cubalah lagi tahun depan......




Tuesday, November 4, 2008

Hutan Lipur Sg. Tua, Ulu Yam

Aktiviti menghabis kan bekalan yang di bawa..... Dia kata rugi n membazir.... Jadi ngan rela hati abg aku nie habiskan lah.... hahahaha....

Apabila dugong2 INFRA masuk sungai, air dari paras lutut tiba2 jer naik mendadak hingga menghampiri paras dada. hahahahahaha.... Yang paling ketara adalah si Azlan tu.... Sori yer bang.....







Inilah pasangan paling romantis ketika di Ulu Yam..... Pengunjung lain sumanya kalah dan tewas..... hidup abg Amir dan Kak Salmi...!!!!!!!









Wife aku tengah dok pegang anak Mr. Azlan... Si Amin nie pun, pantang tengok air.... Kira nak berendam ja... Mengalah kan orang tua.... Yang belakang berbaju hitam tu biasalah.... Dah rutin harian dia... hahahaha











Time nie air dah naik mendadak hingga ke paras dada..... Bahaya betul.....