Al Quran

Tuesday, February 17, 2009

Welcome To Bumi Kenyalang

Alhamdulillah.... Syukur pada Allah SWT.. aku dan korie selamat sampai ke Negeri Sarawak Bumi Kenyalang lebih kurang pukul 5.30 ptg tadi... Sebenarnya mcm2 perkara yang terjadi semasa nak bertolak... First sekali flight delay around 30 minit sebab lambat sampai... Yang keduanya pasal board departure... Punyalah tunggu tak keluar pun masa check in...

Last skali pi tanya gak... Rupa2nya ada masalah dan memang dah leh check in dan baggage dah close.. Apa lah punya mangkok board departure Air Asia... Murah punya pasal lah.. Terpaksa kami angkat barang2 yang di bawa naik atas flight.. Sampai last scan sangkut... Mana taknya ada barang2 terrorist.. Network tool... Negotiate punya lama last sekali terpaksa tinggal kat LCCT.. Kena charge penyimpanan plak tu... Takpalah.. janji barang tu seamat.. Balik nie claim lah... Ada lagi solution.. diaorang nak rampas. Gila kot... Hak Kerajaan... Nak mampus.. Kes dulu pun tak tau keputusan lagi..

Sampai kat Kuching... pilot INFRA Sarawak datang jemput. Lebih kurang pukul 6 sampai lah kat Hotel Grang Continental Kuching... Yang jadi masalahnya kedai makan Islam... Member aku yg keja imigresen bawa pi makan kat mana ntah... Steam boat plak tu... Nak tak nak kena telan gak lah.... Amik yang sea food je lah... Member aku kata ramai org Islam makan kat situ... Tawakal je lah... Balik nie kena wat solat taubat lah jawabnya..... Lepas makan balik terus bilik dan tido......

Aiseh man... lupa la plak... Sebenarnya utk training e-peralatan nie bukan aku dan korie je... Ada lagi 2 org.. Daiorangg team dari Daya One Resources... Mr. Syamzari dan Mr. Izwan.. Diaorang nie yang akan bagi training. Aku ngan korie just bantu dan wat teknikal skit kat sana... Diaorang stay kat Grand Continental gak.. Lagi pun senang nak gerak...

Ok.. Nanti aku update lagi utk sepanjang training.Nanti aku akan upload gambar sepanjang hari kami sampai...


Pemandangan Sekitar Bandar Kuching Dari Bilik Hotel

Sarawak

Hari ni 17/2/2008 di tengah2 kegawatan dan kemelesetan ekonomi aku dgn korie akan ke sarawak untuk training e-peralatan dan kerja2 lain lagi lah... InsyaAllah aku akan update kolum nie dari masa ke semasa.... Pukul 1 thg jap lagi kami berdua akan bertolak ke LCCT... Pilotnya adalah Mr. Abu Ashim....

Thursday, December 4, 2008

Selamat Pengantin Baru

Pada 30/11/2008 yang lepas, kenduri perkahwinan Bukhari... Terlebih dahulu aku ucapkan selamat pengantin baru pada dia dan isterinya. Rombongan INFRA telah pergi ke majlis tersebut dengan kekuatan anggota sebanyak lebih kurang 22 orang... Rombongan ini diketuai oleh Hj Azri... Manakala Azlan dan keluarganya pi sendiri dengan kereta. Maklumlah...org tu buat famili day ka Langkawi.... Rombongan kami nie sampai kat rumah Korie lebih kurang pukul 12 tengahari.... Time tu lauk pun masih panas lagi... Sempat lah jumpa ngan pengantin sat... Pengantin pun sampai dah dekat pukul 2.. Time tu suma dah pakat2 nak balik, mana taknya esok keja... Dengar kata pasangan pengantin baru nie nak honeymoon kat Pangkor...



Antara gambar2 yang sempat di ambil. Berapa keping ja sebab pakat2 dah naik bas... Tinggal aku n Hj Azri ja...


Wednesday, November 26, 2008

Renung Sejenak


KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada
saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."